Saturday, July 4, 2015

Acar Limau

Chu Limah  saya menelefon dan bersungguh-sungguh mahu buat acar limau Sunkist.
Memang special hidangan ni. Tak pernah jumpa di tempat lain. Chu Limah memang besa masak untuk kenduri kendara di kampung dia, sekarang nak peturun resipi tradisi dia pada kita.




Jadi bermulalah pencarian bahan2 untuk membuat acar limau Sunkist ni.
Nak cari satu Keyel bukan senang...


Haaa...yang pertama-tamanya, Chu cakap kena cari dapur tempat masak. Yang ada tu tak sesuai sebab tempat kecik. Kuali punya lah besar. Mana nak muat. Jadi sayapun membeli tungku dan kepala gasnya sekali. Inilah hasilnya.


Persediaan Awal

Tentang buah limau Sunkist pula, yang specialnya buah limau Sunkist lah. Biasanya kita makan limau kasturi ataupun limau lain. Cari yang sedang elok, dicucuk dengan lidi, buat lubang2 tu. Kemudia direbus sebanyak 3 kali rebus. Buang air rebusan yang pertama, kemudia bubuh air lain hingga mendidih. Buang pulak. Repeat tiga kali.

Kalau malas nak buat 3 kali, boleh juga rebus sekali je. Tapi pahit limau tu masih kuat lah. Telan aja lah bila dah jadi acar.





Inilah hasilnya selepas direbus.



Kemudian dipotong begini. Kalau rajin, potong dua lagi, supaya kepingannya lebih kecil.



Tentang bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia yang nak dimasukkan ke dalam acar, begini caranya supaya hasilnya rangup dan sedap. Mula-mula semua bahan digaul dengan sedikit garam.


Panaskan cuka di dalam kuali hingga mendidih. Masukkan bahan2 ke dalam kuali, digaulkan sekejap (dalam 3 minit) dengan cuka tu. Kemudia angkat dan toskan.




Cuka yang ditoskan itu jangan pulak dibuang. Simpan untuk dimasukkan ke dalam tumisan kemudian.


Cara Menumis

1. sediakan minyak tumis yang banyak. tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga kuning.
2. masukkan cili kisar, serbuk jintan putih.
3. masukkan kurma dan kismis kisar, garam, cuka, jus oren.
4. masukkan limau Sunkist. tunggu mendidih.
5. masukkan buah jeruk, kurma bulat2 dan cili api bulat2.
6. dah masak, tabur biji bijan.


Beginilah rupanya acar limau Sunkist yang telah siap. Satu kuali besar ni, menghasilkan lebih kurang 20 kotak 1000g.



Siap untuk di "distribute" kepada ahli keluarga.







1 comment:

  1. Saya buat kek limau dan ada banyak kulit limau. Boleh tak saya guna kulit untuk acar? Apa cara nya? Tolong jawab ke 019 3213820.

    ReplyDelete