Saturday, May 25, 2019

10 makanan bertenaga

10 Makanan Bertenaga di Bulan Ramadan.
t.me/cookeatlove123
Apa makanan yang anda patut ambil sepanjang tempoh berpuasa ini? Jom semak senarai di bawah :-

1) Oat – Selain bagus untuk kesihatan jantung, oat juga memberi tenaga berpanjangan.

2) Madu – Air madu bersama perahan lemon membantu menghilangkan dahaga dan baik untuk detok.

3) Jus Susu Kurma – sangat bagus untuk meningkat energi untkuk kekal bertenaga sepanjang hari.

4) Roti bijirin – bijirin lebih lambat dibakar oleh tubuh badan, jadi ia memberi rasa kenyang sepanjang hari.

5) Jus tembikai – selain menyegarkan, jus tembikai juga bagus untuk menyingkirkan sisa toksin dalam badan sehingga membuat tubuh badan terasa lebih cergas.

6) Kentang – mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi serta memiliki kandungan vitamin C, vitamin B6, zat besi dan memiliki serat yang tinggi.

7) Pisang – kaya dengan vitamin C, mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat. Sesuai dimakan begitu sahaja, atau dicampur ke dalam hidangan.

8) Betik – dengan kandungan 88 peratus air, ia membantu kamu kekal hidrat. Secawan betik memberikan tiga gram fiber untuk 55 kalori.

9) Daging / ikan – pengambilan protein boleh membekal tenaga sepanjang hari.

10) Kekacang – Segenggam kekacang pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas  sepanjang hari kerana kaya dengan serat, vitamin dan  mineral yang mencukupi sepanjang berpuasa.

Tuesday, May 21, 2019

Sihat dalaman

Rebusan Serai dan Halia
Petua Kecantikan dan Kesihatan Dalaman Wanita

Bahan-bahan:
3 batang serai
4 cm halia
3 gelas air

Cara-cara:
1. Serai dan halia diketuk-ketuk.
2. Kemudian direbuskan dengan 3 gelas air sehingga mendidih menjadi segelas air sahaja.
3. Boleh diminum ketika air menjadi suam.

*Disarankan minum selepas makan pada waktu siang hari.

Rebusan serai dan halia ini boleh diamalkan 2 hingga 3 kali dalam seminggu.
Khasiat rebusan ini mampu menghilangkan letih dan lenguh-lenguh badan, mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi, sakit urat saraf selain mampu membuang angin dalam badan dan juga untuk penjagaan dalaman wanita.

Selamat mencuba☺️

Friday, May 3, 2019

Makanan menambah darah

*28 Makanan Tambah Darah Dengan Cepat, Rasanya Pun Sedap*

OLEH NURUL KASMADILLAWATI ZAKARIA

https://www.bidadari.my/makanan-tambah-darah-2/

Masalah kurang darah atau Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan.

Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL.

Manakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa pening, letih dan lemah. Oleh itu, kalau anda disahkan mengalami anemia, jom amalkan 28 makanan tambah darah yang kami senaraikan di bawah.

1. Jus ubi bit, lobak merah & lemon

Ubi bit adalah di antara tumbuhan yang kaya dengan zat besi, manakala  lobak dan lemon pula membantu penyerapan zat besi dengan lebih mudah.

Bahan-bahan:

4 saiz sederhana ubi bit merah
4 biji lobak merah
½ biji lemon
2 sudu masak yis

Caranya, basuh dan potong ubi bit merah, lobak dan lemon. Jadikan jus dengan menggunakan juicer ataupun blender. Setelah dijadikan jus, masukkan yis, dan kacau dengan sudu. Minum jus ini setiap kali sarapan untuk efek yang lebih baik.

2. Jus bayam, ubi bit & beri

Jus ini mengandungi jumlah zat besi yang tinggi dan bagi membantu penyerapan zat besi, vitamin C dimasukkan sekali dalam ramuan jus ini.

Bahan-bahan:

1 cawan buah beri merah
3 biji radish kecil (sejenis lobak)
2 genggam bayam
1 biji ubi bit
½ biji perahan lemon

Caranya lebih kurang sama seperti jus ubi bit. Anda hanya perlu campur dan gabungkan keempat-empat bahan dan perah menjadi jus samaada menggunakan blender atau juicer. Minum setiap hari.

3. Jus daun ketumbar

Selalunya daun ketumbar dimasukkan di dalam masakan untuk memberikan aroma yang wangi pada makanan. Untuk info, daun ini juga sangat kaya dengan zat besi dan sesuai dijadikan bahan utama bagi menaikkan darah anda.

Bahan-bahan:

1 ikat daun ketumbar
1 biji timun
1 biji epal hijau atau buah oren
½ biji perahan lemon

Caranya basuh dan masukkan bahan-bahan di atas di juicer atau pengisar. Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikisar. Minum setiap hari untuk dapatkan kesan dan peningkatan kuantiti darah anda.

4. Kurma

Kurma meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

5. Madu

Seperti kurma, madu juga meningkatkan penghasilan sel darah merah. Ia boleh digunakan sebagai pengganti gula didalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula.

6. Buah delima

Buah delima dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

7. Oat

Oat memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan serta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

8. Roti dan bijiran serat tinggi

Roti dan bijirin serat tinggi seperti beras merah, roti jagung dan pasta mengandungi karbohidrat, serat semulajadi dan zat besi yang meningkatkan sel darah merah.

9. Kuning telur

Kuning telur mengandungi nutrien termasuk protein, kalsium, vitamin dan  zat besi yang diperlukan oleh penghidap anemia. Pengambilan kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

10. Kerang

Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.

11. Bayam

Selain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

12. Hati

Mungkin tidak semua orang berselera memakan organ dalaman. Namun, hati adalah salah satu makanan paling tinggi zat besi. Menurut kajian, 100 gram hati ayam mengandung 9 mg zat besi. Hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.

13. Ikan bilis

Ikan bilis kaya dengan zat besi, sangat membantu untuk menambah darah.

14. Jambu batu

Jambu batu kaya dengan vitamin C. Menurut kajian, kandungan vitamin C dalam jambu batu adalah dua kali ganda lebih daripada buah oren. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

15. Tembikai

Tembikai kaya dengan vitamin A yang membantu mengingkatkan jumlah sel darah merah. Ia juga membantu zat besi dalam hemoglobin mengikat oksigen.

16. Prun kering

Prun kering dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

17. Aprikot kering

Aprikot kering dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

18. Buah tin kering

Buah tin kering dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

19. Kangkung

Selain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

20. Sawi

Selain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

21. Ikan

Ikan tinggi dengan lemak omega 3 dan vitamin B12 yang membantu pembentukan sel darah merah. Di antara ikan yang tinggi lemak omega 3 ialah ikan salmon dan ikan patin.

22. Kentang

Selain sayuran berdaun, kentang juga mengandung zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh. Vitamin C juga dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu sumber terbaik zat besi untuk vegetarian.

23. Telur ikan

Telur ikan kaya dengan protein, karbohidrat dan zat besi yang membantu menambahkan darah dalam badan.

24. Kekacang dan bijian

Sumber kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang buncis, dan kacang botor. Selain itu, anda boleh memakan kekacang seperti kacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam sebagai snek atau kudapan. Kekacang dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan dan membantu tambah darah.

Biji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga membantu tambah darah. Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandungi 15 mg zat besi, iaitu 83% dari jumlah yang pengambilan harian. Biji labu juga merupakan sumber utama asid lemak Omega 3 yang turut berfungsi membantu pembentukan sel darah merah.

25. Pisang

Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel darah merah yang baru.

26. Brokoli

Sayur brokoli mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

27. Daging merah

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Selain zat besi, daging merah juga kaya dengan protein dan mineral lain seperti vitamin A, D, K, B2, B3, B6, B12, asid amino, omega 3 dan selenium yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung.

28. Kismis

Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan.

Itulah dia 28 makanan tambah darah yang boleh anda amalkan setiap hari. Semoga bermanfaat!

*😋~KONGSI RESEPI & PETUA~😋*
.

Wednesday, May 1, 2019

Kesalahan goreng bihun

*8 Kesalahan Goreng Bihun Yang Mak-mak Pernah Buat Dalam Tak Sedar, Sebab Tu Keras, Hancur Dan Tak Kenyal*

October 4, 2017
Dah Tau Ker

Cuba kongsi berapa ramai mak-mak pandai goreng bihun. Tak semua orang boleh masak bihun sampai jadi lembut, kenyal, sedap dan tak hancur.

Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini. Memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.

Bila dah salah masak bihun inilah yang akan jadi:

● Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’
● Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah.
● Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah.
● Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.

Sebab Itu Tak Boleh Langgar Pantang Larang Goreng Bihun

1. Tak Tengok Arahan Pada Paket

Tengok dekat paket bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.

2. Tak Perasan Bihun Ni Rupa Je Sama Tapi Kekenyalan Berbeza

Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.

3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari

Air tangan tu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam tu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari tu boleh ke tidak. Kalau senang tu dah cukup lembutlah tu.

4. Tak Ambil Pusing Masa Merendam

Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun tu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun tu lembut.

5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting

Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai dah terlalu lembik baru nak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air tu barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa kena lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun tu tidaklah melekat sangat bila dah siap digoreng.

6. Tak Campur Air Masa Menumis

Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut.

Kalau suri guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit dah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.

7. Tak Gunakan Dua Tangan

Hah! ni pelik… masak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.

8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam

Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.

Sumber: Mingguan Wanita

http://www.dahtauker.com/tip-petua/8-kesalahan-goreng-bihun-yang-mak-mak-pernah-buat-dalam-tak-sedar-sebab-tu-keras-hancur-dan-tak-kenyal/

*😋~KONGSI RESEPI & PETUA~😋*
.

Monday, April 29, 2019

Limau kasturi sebagai ubat

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
- MOHON SHARE

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama

Sunday, April 28, 2019

Diet kurus

PETUA & TIPS
*Jom Cuba Menu Diet Ini Untuk Kurus*

Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Dah penat membawa badan yang berat ke sana-ke sini.

Jika anda betul-betul serius nak kuruskan badan, jom amalkan menu diet yang akan kami kongsikan di sini. Amalkan sebagai menu seharian, insya Allah anda akan kurus dalama masa 4 minggu.

Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, anda perlu ikut tips berikut:

Real food, elakkan makanan yang diproses seperti burger, fish ball, sosej dan sebagainya.
Kurangkan pengambil gula
Kurangkan pengambilan garam
Kurangkan sos dalam makanan
Makan makana seimbang mengikut piramid makanan
Makan sedikit tapi kerap
Jangan berlapar

Di antara makanan yang wajib anda elakkan ialah:

Makanan segera
Makanan bergoreng
Makanan bersantan
Coklat
Aiskrim
Kek
Roti
Pastri
Kuih-muih tradisional
Biskut
Air manis
Air berkarbonat
Kerepek
Biskut
Jom kita tengok apakah menu diet yang boleh anda amalkan:

1. Overnight oat
Kalau anda jenis kembang tekak nak makan oat, pastinya anda tak teruja dengan menu yang ini.

Tapi percayalah, sekali anda rasa overnight oat, anda pasti akan jatuh cinta kerana ianya langsung tak sama dengan oat yang biasa ada di dapur anda. Untuk membuat overnight oat, bahan yang anda perlukan ialah rolled oat, susu segar, yogurt asli, madu, dan buah-buahan pilihan anda.

Apa itu rolled oat? Rollled oat ialah oat ialah oat mentah yang belum dimasak seperti oat biasa. Ia juga lebih tebal berbanding oat biasa. Kalau anda nak kurus, rolled oat adalah pilihan terbaik kerana kandungan kalori dan kadar serapannya yang jauh lebih baik.

Macam mana cara nak buat rolled oat? Caranya ialah:

Masukkan rolled oat ke dalam bekas
Masukkan susu segar dan yogurt asli
Masukkan sedikit madu
Masukkan buah-buahan pilihan anda. Anda juga boleh masukkan chia seed jika mahu
Simpan dalam peti sejuk semalaman. Seeloknya anda buat sebelum tidur
Pagi esok, anda boleh makan sebagai sarapan

Di antara buah-buahan yang sedap dimasukkan ke dalam overnight oat ialah:

Pisang
Strawberi
Kurma
Kiwi
Mangga
Kismis
Delima

Selain buah-buahan, anda juga boleh masukkan kekacang seperti almond, pecan, macadamia, dan pistacio. Anda juga boleh jugakan coklat chips dan perisa vanila jika suka.

2. Makanan berasaskan telur
Ramai yang berkongsi pengalaman berjaya kurus dengan mengamalkan diet telur. Anda boleh jadikan telur sebagai menu dalam diet seharian anda. Terdapat pelbagai masakan yang boleh anda buat dengan menggunakan telur. Di antaranya ialah:

Telur rebus
Telur separuh masak
Telur mata
Telur dadar
Scrambled egg
Egg roll

3. Pisang
Selain menu berasaskan telur, menu berasaskan pisang juga dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat. Menu diet menggunakan pisang juga agak murah kosnya berbanding buah-buahan yang lain. Anda boleh makan pisang dengan cara sihat yang berikut:

Dimakan begitu sahaja sebagai snek
Dikisar menjadi smoothie
Dimakan bersama bijirin penuh
Dimakan bersama rolled oat
Direbus
Disalai
Dikukus
Dibakar

4. Menu berasaskan ayam
Menu berasaskan ayam juga sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Ada pelbagai menu diet yang boleh anda buat menggunakan ayam. Di antaranya ialah:
Sup ayam
Ayam kukus
Ayam grill
Ayam panggang
Ayam barbeku
Chicken wrap

5. Grilled salmon, sayur kukus, dan nasi beras perang
Menu diet yang ini pasti buatkan anda tergoda. Nak menyediakan pun sangat senang. Anda cuma perlu grill salmon selama 5 minit. Kukus sayur pilihan seperti brokoli, kobis bunga, atau kacang buncis dan masak satu genggam nasi beras perang. Ianya bukan sahaja sedap dan memberikan tenaga malah anda akan berasa kenyang dengan lama.

6. Ulam-ulaman
Untuk pemilihan sayur, elakkan sayur yang digoreng kerana kalorinya yang sangat tinggi. Ulam adalah pilihan yang terbaik. Di antara ulam yang sedap dimakan ialah:

Kacang botol
Daun selom
Pegaga
Peria
Salad
Timun
Ulam raja
Pucuk gajus
Namun, elakkan daripada mencicah ulam dengan budu atau sambal belacan kerana ia akan membuatkan anda terlajak

makan, bertambah-tambah nasi dalam pinggang.

7. Menu berasaskan sup
Menu diet yang seterusnya ialah menu berasaskan sup. Terdapat pelbagai sup yang boleh anda masak termasuklah:

Sup ayam
Sup daging
Sup ikan
Sup telur
Sup sayur
Sup bunga kobis
Sup jagung
Sup campur

8. Kacang kuda
Untuk kurus, anda perlu kurangkan makan nasi. Kalau anda rasa tak puas makan nasi yang sedikit, anda boleh ambil kacang kuda dalam menu setiap hari.

Mengunyah kacang kuda akan mengurangkan keinginan anda untuk makan nasi. Anda boleh kukus atau rebus kacang kuda dalam kuantiti yang banyak dan bekukan dalam freezer. Setiap hari, keluarkan sedikit untuk anda makan. Panaskan dan hidangkan.

9. Bunga kobis
Bunga kobis boleh digunakan sebagai menu diet harian. Ianya boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Malah anda boleh buat nasi goreng menggunakan kobis bunga. Anda cuma perlu gantikan nasi dengan kobis bunga. Selain itu, anda boleh rebus kobis bunga dan kisar menjadi sup kobis bunga yang sangat sedap dan mengenyangkan.

10. Singgang
Singgang juga merupakan menu diet yang boleh anda amalkan. Nak memasaknya juga sangat mudah. Anda cuma perlu bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk bersama kunyit, serai yang diketuk, asam jawa, bawang, dan air. Selain singgang ikan, anda juga boleh buat singgang daging, singgang sotong, dan singgang ayam.

Itulah dia menu diet yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Friday, March 22, 2019

Petua gorengan tak melekat pada kuali

PETUA ELAKKAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI

Silalah cuba mana-mana cara berikut :

1. Garam :
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng samaada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.

2. Asam gelugur :
Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.

3. Sedikit minyak dan goreng asam jawa
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.

4. Bawang putih :
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak lekat. Cuba la.

5. Cuka atau limau nipis :
Perapkan dgn sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.

Selamat mencuba.
⭐🌹💫