Wednesday, April 4, 2018

Creme puff

VANILA KASTARD

http://t.me/cookeatlove123

Bahan yang diperlukan:
1 cawan susu
1 cawan krim pekat
1 sudu besar ekstrak vanilla / vanilla paste
4 biji telur, kuning sahaja
1 sudu besar tepung jagung
1/3 cawan gula kastor
Cara membuatnya:

Campurkan susu dan krim ke dalam periuk kecil. Masukkan ekstrak vanilla ke dalam campuran tadi. Masak di atas api sederhana. Kacau selama 5 minit atau sehingga panas (tidak sehingga mendidih). Asingkan periuk daripada dapur.

Pukul kuning telur, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk sehingga sebati. Tuangkan campuran susu panas tadi dan pukul sehingga sebati.

Masak dan kacau kembali campuran tadi dengan api yang rendah selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kastard menebal. Jangan biarkan kastard mendidih.

Hidangkan kastard dengan pelbagai cara. Sama ada dalam pastri ataupun penkek.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment