*Rupanya Kalau Amalkan Minum Air Rebusan Daun Inai, Mampu Kembalikan Seri Wajah Ibu Lepas Bersalin*
HASNITA PaMa.
August 22, 2017
Perasan tak lepas bersalin, ibu nampak letih, lesu dan kulit wajah pun kusam. Melalui proses bersalin memang sangat memenatkan ditambah pula dengan kekerapan berjaga malam kerana bayi menangis dan meragam. Risau pula melihat penampilan diri yang dah tak macam dulu.
Eh, ibu kena buat sesuatu. Jangan jadikan alasan lepas beranak untuk tampil tak menarik pada pandangan mata encik suami. Walaupun sibuk menguruskan anak, kesihatan dan penampilan diri perlu dijaga. Sebenarnya anda tak perlu berhabis duit pun untuk membeli produk kecantikan di pasaran. Petua tradisional kalau rajin diamalkan pun tak kurang hebat kesannya.
Jom cuba petua untuk menaikkan seri wajah selepas bersalin seperti dikongsi oleh Puan Norshahida Lambri ini.
PETUA TRADISONAL UNTUK MENAIKKAN SERI WAJAH SELEPAS BERSALIN
Biasanya wanita lepas bersalin, kulit mudah jadi kusam dan pucat. Maklumlah banyak urat-urat halus yang putus.
Memang kita kadang-kadang sendiri tak nampak. Bila ada orang tegur barulah rasa tak selesa. Mulalah ngadap cermin belek muka kan.
Sesiapa yang pernah alami, faham sangat perasaan down tu. Puas cuba macam-macam skincare, ada yang sesuai ada jugak yang tak sesuai. Ada yang sampai tak nak ooteede.
Jadi jom kita cuba cara tradisional. Daun INAI memang kaya dengan khasiatnya untuk dalaman wanita. Selain nampakkan muka kita berseri kemerahan. 😙
3 Cara Manfaatkan Daun Inai.
1. Secawan beras, basuh sehingga bersih. Jemur dulu sehingga kering.
Kunyit hidup bersihkan dan kikis kulitnya.
Kisarkan beras dahulu jangan terlampau halus, biar kasar sedikit, menggunakan pengisar kering. Setelah kisar beras, masukkan kunyit hidup tadi dan kisarkan kedua bahan.
Masukkan ke dalam bekas kedap udara, supaya tahan lama. Bila nak pakai campurkan sedikit air suam.
Jadikan seperti pes, selepas cuci muka dan sapukan seluruh muka gosokan ke atas dan leher biarkan kering. Amalkan tiap malam sebelum tidur.
2. Ambil segenggam daun inai, bersihkan.
Rebuskan dengan segelas air, biarkan sehingga mendidih dan tapiskan dahulu. Amalkan minum 3 kali seminggu.
Paling bagus minum waktu pagi dan malam.
3. Tumbukkan daun inai sehingga lumat, pastu bulat-bulatkan. Simpan dalam peti ais.
Amalkan sebiji sehari selepas sarapan.
Nak cantik kita kena rajin, hasilnya kita yang rasa. Bahan semua natural tanpa bahan kimia.
Sumber Norshahida Lambri
http://www.karangkraf.com/mobile/cmlink/pa-ma/famili/mama/rupanya-kalau-amalkan-minum-air-rebusan-daun-inai-mampu-kembalikan-seri-wajah-ibu-lepas-bersalin-1.722609
*😋~KONGSI RESEPI & PETUA~😋*
.