Tuesday, July 11, 2017

Khasiat pandan wangi

Pandan Wangi

Pokok pandan wangi tumbuh dengan mudah dikawasan berair dan kami banyak menanam pokok pandan wangi di Kebun Kota kerana ianya tumbuh dengan mudah tanpa perlu banyak penjagaan. Artikel ini ada menyenaraikan 14 kegunaannya:

1. Air rebusan daun pandan untuk menurunkan tekanan darah.

2. Air daun pandan mampu mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat.

3. Air rebusan daun pandan boleh diminum oleh mereka yang mengalami masalah untuk tidur. Kandungan zat tanin dalam daun pandan memberikan kesan ketenangan sehingga mampu membantu untuk cepat tidur.

4. Air pandan juga mengandungi sifat penjulap.

5. Mampu melegakan sakit kepala, sakit telinga, sakit dada dan artritis.

6. Mengurangka masalah rambut gatal dan berkelemumur dengan menumbuk daun and menggunakan airnya untuk disapu ke kulit kepala.

7. Di India, daun pandan dikatakan sebagai ubatan tradisional untuk merawat masalah kulit seperti kusta dan cacar.

8. Rasa pahit yang terdapat pada daun pandan menjadikan amat bagus untuk merawat masalah kesihatan seperti diabetes, demam, ulser dan luka-luka.

9. Di Hawaii dikatakan bunga daun pandan dikunyah oleh ibu yang kemudiannya akan memberikannya kepada anak mereka sebagai penjulap. 

10. Bunga pokok pandan juga dikatakan memiliki ciri-ciri yang berfungsi sebagai afrodisiak atau menaikkan syahwat.

11. Jus akar pokok pandan dikatakan boleh digunakan untuk melegakan sakit dada.

12. Jus yang di ekstrak daripada akar pokok pandan ini boleh digunakan sebagai tonik untuk wanita yang baru sahaja melahirkan bayi dan masih lagi dalam keadaan lemah.
   
13. Sebagai pewangi di dalam almari dapur mahupun almari pakaian untuk halau lipas. Cara ini lebih selamat daripada menggunakan penyembur racun serangga.

14. Pewangi semula jadi kereta.

No comments:

Post a Comment