Wednesday, January 16, 2019

Petua merawat kulit terbakar

8 Petua Rawat Kulit Terbakar🔥Atau Melecur di bawah ini

1. Air

Alirkan air sejuk dengan segera pada bahagian yang terkena air panas, atau minyak panas tadi selama 10-20 minit.

2. Daun lidah buaya atau  aloevera dan buah manjakani

Sapukan bahagian kulit yang melecur dengan sedikit lendir daripada daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk sehingga lumat.

3. Kopi

Letakkan kopi serta merta
bahagian yang yang melecur.

Anda akan rasa pedih untuk seketika.

Selepas anggaran 10 minit tanggalkan dan anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur.

Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi.

Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

5. Getah pelepah pisang 

Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang melecur dengan sekata. Elakkan daripada terkena air supaya kulit tidak melepuh.

6. Sebiji telur

Pecahkan sebiji telur dan kacau.

Sapukan telur pada bahagian yang melecur menggunakan kapas.

Apabila kering sapukan lagi.

7. Sabun mandi

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan cecair sabun mandi.

Lakukan hingga rasa sakit hilang.

8. Ubat gigi, kicap atau marjerin

Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian melecur.

Biarkan sehingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam.

Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Tuesday, December 11, 2018

Rahsia kulit telur

Setiap rumah sudah pasti ada telur ayam selepas ini kulit telur ayam jangan dibuang begitu sahaja banyak kegunaan yang boleh membantu menyelesaikan masalah serangga perosak didalam kediaman dan tanaman kesayangan kita.

RAHSIA KULIT TELOR 🐣🐣🐣

"JGN DELETE TAPI SHARE. TAU TAK CANGKANG TELUR BOLEH MATIKAN SERANGGA?

Kulit telur atau CANGKANG boleh buat semut, lipas dan tikus mati? Cegah Bunuh, Halau, lupus serangga serangga perosak dirumah anda!!!!

Senang dan mudah. Mujarab! Ramai yang dah cuba! Lipas, tikus, kumbang, siput, anai-anai, belalang, kutu, hama, parasit pokok, dan banyak lagi tentang serangga perosak tanaman atau dapur rumah anda.

Sunat kita ikhtiar hindar binatang2 kecil ni dr mudarat kan kita dan mendatangkan penyakit. so ambil tindakan ye.

🐣. Kulit telur Dikeringkan dulu, lepas tu tumbuk halus menjadi serbuk seperti tepung, simpan dlm botol kaca. Tahan lama disimpan, tak memudaratkan manusia.

🐣 Tabur di kawasan tanaman anda yang terkena serangan serangga perosak
- bagi tikus, tabur tempat laluan tikus itu contoh bawah pintu dapur anda.

🐣 Jangan miss seinci pun laluannya
- lipas pula sama tabur saja serbuk itu di celah celah dapur anda yg anda pasti laluan lipas.

🐣 Sebelum malam mulakan tabur, esok siang pegi kemas pasti byk mayat2 serangga terkulai..

🐣 Ermm -untuk anai-anai pula tabur di lubang utama keluar masuk sarang mereka, kalau dapat jumpa sarang lagi bagus. Semua akan mati akibat menghidu serbuk kulit telur. Moga2 ianya memberi manfaat kepada anda semua. Aamiin.

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA

#CopyAndPaste
#BolehKongsiJikaBermanfaat.

Thursday, December 6, 2018

Petua di dapur

PETUA DAPUR
Misi Diet Awal Tahun Baru, Pastikan Ada 9 Jenis Makanan Ini Di Dapur.
Http://t.me/cookeatlove123
Ada 9 jenis makanan yang ada di dapur dapat membantu kita untuk menguruskan badan. Tentu risau kan kalau berat badan bertambah-tambah bimbang terjerumus ke arah obesity. Lemak berlebihan pastinya mengundang bentuk badan yang tak menawan. Tapi lebih parah kalau pemakanan yang berlebihan boleh menjadi punca utama penyakit 3 serangkai iaitu diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Jadi kalau kamu risau tapi takut nak makan pil ubat-ubatan untuk kurus nak sihat tapi membahayakan nyawa dan kesihatan, Nah!  9 jenis makanan yang boleh di amalkan untuk turun kan berat badan secara selamat.
Smoga perkongsian ini bermanfaat.

1. MADU
Madu adalah makanan terbaik utk membakar lemak.
Amalkan menambah madu dalam air suam pada awal pagi setiap hari

2. BAWANG PUTIH
Kandungan Allicin dalam bawang putih mempunyai antibakteria membantu mengurangkan lemak dan membuang kolestrol

3. CILI HIJAU
Cili hijau mengandungi capsaicin yg membantu membangunkan sel-sel pertumbuhan badan & bertindak balas membakar kalori dgn cukup pantas.

4. OAT
Oat adalah sejenis bijirin yg bukan sahaja mempunyai rasa hebat, malah juga mampu mengurangkan rasa lapar. Oat mempunyai serat yang membantu & menstabilkan tahan kolestrol & mengurangkan risiko penyakit jantung.

5. TELUR
Telur adalah sumber kaya protein. Selain itu telur juga rendah kalori. Ia membantu Membina otot & membangunkan kolestrol baik utk badan.

6. EPAL HIJAU
Epal di perkaya dgn antioksidan yang kuat dgn makanan tambahan lain. Keistimewaan epal adalah kandungan pectin yg membantu utk mengurangkan sel-sel elmak dalam badan.

7. TOMATO
Tomato bertindak membakar lemak dlm masa cepat. Ia juga mencegah penyakit kanser. Di tambah dgn vitamin A , Vitamin C kalsium dan kalium yg tinggi termasuk kaya dgn beta karotena yg sgt berguna utk mata.

8. DARK CHOCOLATE
Dark choc mengandungi flavonoid, ciri2 antiradang yang mebantu mengurangkan tahap kolsetrol dlm darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dlm darah & juga membakar lemak.

9. TEH HIJAU
Teh hijau adlh salah satu sumber yang paling berkesan utk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi antioksidan yang membantu menstabilkan berat badan uols. Minum 2 cawan teh hijau setiap hari untuk kesan yang lebih baik.

Friday, November 30, 2018

Khasiat chia seed

CHIA SEED

Khasiat Yang Boleh Diperolehi Bila Amal Makan Chia Seed
http://t.me/cookeatlove123
Apa khasiat Chia Seed ni? Kalau nak tahu, Chia seed merupakan jenis biji-bijian kecil yang berasal daripada tanaman Salvia hispanica L. Tanaman ini tumbuh di Mexico dan Amerika Selatan. Rasa chia seed ini tawar dan untuk memakannya, anda perlu merendamnya di dalam cairan atau air selama beberapa minit. Untuk memberi rasa, boleh dicampurkan dengan jus buah-buahan dan makanan lain juga.

Chia seed mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat baik dan diperlukan tubuh untuk menurunkan trigliserida. Selain mengandungi asid lemak omega-3, chia seed juga memiliki banyak serat. Bahkan, ia juga mengandungi pelbagai jenis nutrisi lain iaitu kalsium, fosforus, protein, karbohidrat, tembaga, kalium, dan zink.  Berikut adalah di antara manfaat chia seed untuk kesihatan yang perlu anda ketahui.

KHASIAT CHIA SEED

1. MENURUNKAN KOLESTEROL
Salah satu manfaat chia seed yang cukup penting adalah sebagai anti peradangan. Kata ‘chia’ berasal daripada kata ‘chian’, yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Sebagai salah satu sumber terkaya dari omega-3 dan asid alpha-linolenic, chia seed mengubati berbagai gangguan kesihatan. Chia seed melawan radikal bebas, mengurangi peradangan dan menurunkan kolesterol.

2. TINGGI SERAT
Serat makanan membantu mengurangi kolesterol, peradangan dan sembelit. Chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik. Dua sudu makan chia seed menyediakan lebih dari sepertiga keperluan serat harian yang diperlukan.

3. MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Chia seed kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada pigmentasi, sel karsinogenik dan melambatkan proses penuaan.

4. KAWAL GULA DALAM DARAH
Manfaat chia seed yang lainnya adalah mengendalikan kadar gula darah. Meningkatnya kadar gula darah adalah salah satu dari banyak masalah kesihatan utama  kini. Chia seed adalah salah satu makanan terbaik yang dapat mengawal kadar gula dalam darah. Jadi sangat bagus diambil oleh mereka yang memiliki penyakit kencing manis.

5. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Kombinasi serat, protein dan nutrisi lain yang terkandung di dalam chia seed mampu memberikan efek kenyang. Jadi ia dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama dan seterusnya membantu anda menurunkan berat badan secara sihat.  

6. MENGUATKAN TULANG
Chia seed mengandungi kalsium, mgnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Ia dikatakan dapat membantu menguatkan struktur gigi dan tulang yang sihat dan kuat. Bijirin ini juga boleh dijadikan sumber alternatif bagi mendapatkan zat kalsium bagi anda yang kurang minum susu.

Chia Seed ni rasanya tawar. Oleh itu, untuk menikmatinya secara sedap, anda boleh menambahkan ke dalam hidangan kegemaran seperti salad, minuman, manisan dan sebagainya. Berikut adalah antara resipi mudah yang boleh dihasilkan menggunakan bijiirin ini.

Friday, November 16, 2018

Petua guna garam

KENAPA GARAM?
TAKUTKAN PENYAKIT YANG TIMBUL DARI GARAM?
INI CARA RASUL MENGKONSUMSI GARAM

*Nabi Muhammad Shalallahi wa'alaihi wasalam bersabda :* "Sebaik-baik lauk adalah garam" (Al-Baihaqi).
*SEBAIK BAIK LAUK ADALAH GARAM*

Sangat bertentangan dengan dunia medic ketika ini yang mengatakan bahwa makan garam boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti darah tinggi, dehidrasi, tulang reput dan penyakit hempedu, namun hal itu tidak akan terjadi jika Aada mengetahui cara mengkonsumsi garam dengan baik dan secara betul. Sesuai Sunnah Rasul.

Begini Cara Mengkonsumsi Garam Agar Terhindar Dari Penyakit2

Jadi sesuai dengan hadis di atas yang menyatakan Garam bukanlah penyebab penyakit, tapi malah ubat yang paling mujarab seandainya digunakan dengan cara yang betul.

Kuncinya adalah
*GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!!!*.
Ingat, tidak boleh dimasak!!!

*Kesalahan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam yaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang MENDIDIH / PANAS.*

Hal tersebut akan menyebabkan garam menjadi racun /toksik… Jika garam dimasak dengan cara di atas, garam akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang berbagai penyakit, selain itu kandungan sodium pada garam juga akan hilang dengan percuma. Ingat sodium sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.

*Begini cara yang betul penggunaan garam, agar garam benar-benar menjadi ubat bagi anda, bukan jadi penyakit*.

Masaklah makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: masakan sayur sayuran – masukkan garam dalam masakan *apabila makanan dan airnya sudah beransur sejuk, atau dalam keadaan dingin.*

*Ingat makanan yang dimasak harus tanpa garam, ingat tanpa garam!!!!*

Ketika nak makan, sediakan semangkuk garam dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan sesuai selera masing2.

Garam adalah mineral bagi tubuh, "Banyak amalan yang dilakukan oleh *para Salafus soleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulai makan"*.

Garam digunakan sebagai pembuka makan dengan mengambilnya dengan ujung jari dan dimasukkan ke mulut.
*INGAT, GARAM ADALAH MINERAL !!!!*
Kelebihannya atau manfaatnya... mengkonsumsi garam antara lain ialah:
*Mengubati lebih dari 70 penyakit,* antara lain darah tinggi, diabetes, tulang reput, pening atau sakit kepala dll serta tidak akan mengalami keadaan mati mengejut.

Silakan sebarkan, sekiranya anda ingin orang-orang yang anda cintai menjadi sihat...

Berbagai penyakit yang didakwa timbul akibat garam seperti gejala jantung dan tekanan darah tinggi *adalah akibat dari penggunaan garam yang salah.*
Karena kalau memasak jangan masukkan garam... *Ingat garam jangan dimasak.*

In Shaa Allah penyakit darah tinggi, *jantung mampu dihindari dengan cara pemakanan garam yg betul.*

*Jadi kesimpulannya, yg sebetulnya garam itu adanya di meja makan, bukan di dapur.*

MARILAH BERUBAH AGAR SEMUA SIHAT.
ORANG ASING LEBIH AWAL DALAM PENGAMALAN GARAM DI MEJA...
Semoga bermanfaat...

Sunday, November 4, 2018

Mango tart

MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM

BAHAN KULIT TART:
280gm tepung serba guna
12gm kelapa kering
½ sudu teh garam
3 sudu makan gula
225gm mentega
3 biji telur kuning

BAHAN: KRIM MANGGA:
250gm fresh cream/krim putar
50gm mango curd / sri kaya mangga

CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart.  Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika.

Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.

Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, October 24, 2018

Kek butter

KEK BUTTER

Bahan-Bahan:
1 cawan butter atau margerin
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanila

Cara Membuat

1. Putar mentega bersama gula dan esen vanila hingga mentega bertukar warna putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bakar suhu 180’c selama 40minit (bergantung pada oven, guna api atas dan bawah).

Selamat Mencuba!