10 MANFAAT DARI KHASIAT PUCUK PAKU.
Lama aish tak makan masak lemak pucuk paku, sekali gugel resipi tapi jumpe khasiat pucuk paku nih. Apa lagi Hus sharing lah ape yang Hus dapat.
Tak sia sia makan pucuk paku nih. Banyak khasiat yang kita belum tahu sebenarnya. Meh Hus share ape yang Hus dapat k.
Jika korang ada masalah kesihatan, sebaiknya ambil pucuk paku sebagai ulaman harian sebab pucuk paku mempunyai banyak jenis gizi dan nutrisi yang bagus untuk tubuh badan kita.
Jom tengok senarai 10 manfaat korang dapat dengan amal pucuk paku jee.
1- Menjaga daya tubuh yang kuat.
Maksudnya tubuh korang dapat perlindungan daripada penyakit dan tidak mudah berjangkit
2-Baik untuk metabolisme tubuh.
Membantu kembali metabolisme yang normal.
3- Ubat gout.
Berita gembira untuk pesakit gout.
Pucuk paku ni boleh meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan tulang sehingga
tak dapat berbuat sebarang aktiviti harian.
4- Baik untuk kesihatan tulang.
Tulang tak mudah patah, tak mudah berjangkit penyakit terutama penyakit tulang -
Osteoporosis. Tulang makin sihat dan kuat.
5-Menyembuhkan luka.
Membantu dalam proses penyembuhan luka dalaman yang cepat
6-Mencegah penuan secara semulajadi.
Macam biasa yang makan sayur sebagai ulam dapat mencegah daripada penuaan yang cepat
7- Menyihatkan mata
Pucuk paku ade vitamin A. Selain mencegah iritasi boleh juga membantu dalam masalah rabun mata.
8-Menurunkan berat badan.
Wahh, yang ni menarik sangat. Pucuk paku jugak boleh menurunkan berat badan. Tapi kene laa konsisten makan yer.
9-Mencegah hipertansi
Dapat mencegah hipertansi dari awal dan dapat mengawal kenaikan tekanan darah.
1-Mencegah kenaikan kolestrol.
Kolestrol yang banyak dalam tubuh akan menyebabkan banyak penyakit. Untuk cegah dari pertumbuhan kolestrol selalu lah makan pucuk paku kerana ia anti kolesterol yang tinggi.
Haa menarik tak semua khasiat pucuk paku ni? Menarik kan. Hus jugak baru tahu lepas makan pucuk paku sayur lemak nii. Hihi.
Soo korang pom boleh amalkan yer. Boleh share jika nak share post ni. Semoga bermanfaat. 😍
#TipsKesihatan
#KhasiatPucukPaku
#HusSukaShareTips