Saturday, August 24, 2019

Petua memasak

Bagusnya tidak lokek berkongsi ilmu memasak. Patulah viral sehingga cecah lebih 9.6K share. Sesuai sangat petua ni dipraktiks kan terutama petua nak buat rendang raya nanti. Moga manfaat bersama.

=====
Petua masakan daripada @mykitchen
=====

1. Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih

2.Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik

3.Nak sambal merah sedap cantik; masak lada lama + gunakan gula merah

4.Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi

5. Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah

6.Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau…nak masak br basuh

7.Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.

8.Merangup kan timun untuk buat jelatah timun, potong siap2 timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lps tu bilas…kesan nya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun

9. Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih2, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam… nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap

10. Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dlm pt ais

11.Nak kopek telur selepas direbus, lps rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..

12.Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing

13.Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam

14.Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15.Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu… so anda pun baru tahu hari ini

16.Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… sup lebih sedap/pekat tau

17.Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

follow instagram @mykitchen.fooddelivery

Wednesday, August 14, 2019

Merawat resdung

Petua Rawat Resdung

rawat resdung, hanya ubat antibiotik sahaja diberikan untuk mematikan kuman

Tapi, sampai bila nak bergantung pada ubat semata-mata kan? Jadi, doktor tersebut menyarankan petua kayu manis ini.

Caranya: 
Ambil sebatang kayu manis, bakar dan sedut menggunakan hidung. Itu saja!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Menurut Deeja, kayu manis bertindak sebagai antiseptik semulajadi yang boleh membunuh kuman. Selain itu, kayu manis juga boleh mengeringkan lendir dan bengkak pada hidung yang mengalami resdung.

Kesan daripada asap kayu manis yang diamalkannya, dia mendapati tidak lagi bersih pada waktu pagi dan hidung rasa bersih dan tidak gatal-gatal lagi.

So, pada anda yang mengalami masalah resdung, cubalah petua ini dan rasai perbezaannya! Selamat mencuba!

Thursday, August 8, 2019

Petua masakan

10 RAHSIA DAN TIPS DALAM MASAKAN.

1. Timun.

- Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.

2. Garam.

- Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk.
Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan.

3. Santan.

- Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan.
Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak.
Gunakan api dengan perlahan atau sederhana.

4. Gula merah.

- Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.

5. Buah keras.

- Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan.
Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda.
Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.

6. Asam gelugor.

- Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan.
Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.

7. Bawang putih.

- Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi.
Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.

8. Tebu.

- Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup.
Sup tulang akan lebih kaw dan bertambah sedap.

9. Limau kasturi.

- Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian potong limau kasturi dan gaul bersama ikan beserta air asam jawa.
Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.

10. Air kelapa.

- Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan.
Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.

Kredit: Resepi MEK Kelate

Tuesday, August 6, 2019

Mengasingkan pati pandan

🍁Estrak Daun Pandan Asli Homemade, Bebas Perisa Kimia.🍁
CARA NAK BUAT EKSTRAK AIR DAUN PANDAN YANG MUDAH

BAHAN-BAHAN
25 helai daun pandan
2 cawan air bertapis atau air masak

CARA PENYEDIAAN :

1.Daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar atau halus .. ikut macam mana suka. kalau macam wani potong macam gambar kat atas.kasar-kasar sikit nampak.kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan

2. Masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam blender dan masukkan air
3. Kisar sehingga halus
4. Tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi

5. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dalam peti semalaman
6.Lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yang atas jernih yang bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah,yang tu lah kita nak guna

7. Ambil bekas lain, tuangkan dengan berhati-hati untuk bahagian yang jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan boleh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dalam adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang

8. Akhir sekali ekstrak daun pandan yang berwarna hijau tua dah dapat, boleh simpan dalam peti, sesuai kalau buat untuk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yang berasaskan daun pandan

NOTA
1. Tempoh penyimpanan ekstrak pandan ni paling lama boleh simpan dalam masa sebulan, bau masih ok tak ada masalah

2. Nak buat ekstrak pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan untuk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu. Kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa,,tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula

3. Simpan semalaman dalam peti dah nampak dah 2 lapisan terjadi, tapi kalau nak lama sikit simpan 2 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu.

Saturday, August 3, 2019

Jus berkhasiat

Jus yang Menyihatkan Serta Khasiatnya

1. Lobak merah + epal + pear + mangga: Mengurangkan suhu badan, menghilangkan toksik dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan melawan masalah pengoksidaan 

2. Tembikai susu + anggur + tembikai + susu: Kaya dengan vitamin C, vitamin B2 dan meningkatkan aktiviti sel serta menguatkan daya ketahanan badan.

3. Betik + nenas + susu: Kaya dengan vitamin C, E dan zat besi. Memperbaiki masalah komplikasi kulit dan meningkatkan metabolisma badan.

4. Pisang + nenas + susu: Kaya dengan vitamin dan nutrisi serta menghindarkan dari sembelit

5. Epal + timun + seleri: Mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh dan menyembuhkan masalah sakit perut serta sakit kepala.

6. Tomato + lobak merah + epal: Memperbaiki masalah kulit dan menyelesaikan masalah nafas berbau.

7. Peria + epal + susu: Menghidarkan masalah mulut berbau dan mengurangkan panas dalam badan.

8. Nenas + epal + tembikai: Untuk mengilangkan garam berlebihan dalam badan dan memperbaiki sistem pundi kencing dan buah pinggang.

9. Epal + timun + kiwi: Memperbaiki masalah kulit.

10. Pear + pisang: Mengawal kandungan gula dalam darah

11. Oren + halia + timun: Memperbaiki tekstur kulit serta melembapkannya dan mengurangkan suhu badan.

12. Epal hijau + tomato + lobak merah + perahan lemon : mencantikkan kulit.

Bland bahan2 yg telah di gabung kan dgn berbagai buah .