Saturday, June 29, 2019

Khasiat telur setengah masak

PETUA & TIPS

7 Khasiat Telur Separuh Masak Sebagai Sarapan Setiap Hari
Telur separuh masak.

T.me/cookeatlove123

Sememangnya menu lazat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak mengira umur. Malah, bagi anda yang sedang berdiet dan berusaha untuk menurunkan berat badan, pastinya telur separuh masak menjadi menu pilihan anda.

Namun tahukah anda bahawa selain menurunkan berat badan, ada 7 lagi khasiat telur separuh masak.
Cara-cara menyediakan telur separuh masak dengan hanya tiga langkah:

Berikut beberapa KEBAIKAN yang boleh anda peroleh daripada pengambilan telur separuh masak:

1. Menu sarapan yang sihat
Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik.

Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

2. Membantu pembentukan otot
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.

Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

3. Bantu turunkan berat badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit.

Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.

4. Menguatkan daya ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.

5. Mencegah penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

6. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

7. Baik untuk mata
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Tahukah anda telur sememangnya sangat baik untuk kesihatan. Di antara khasiat lain yang tidak dinyatakan di atas ialah:

Pelengkap protein
Menjaga kesihatan jantung
Mencegah sakit jantung
Sumber lemak tak tepu yang baik
Sumber kolesterol yang baik.

Monday, June 24, 2019

Tempoyak untuk kesihatan

*KELEBIHAN TEMPOYAK KEPADA KESIHATAN*

Tempoyak adalah makanan tradisi orang Melayu sejak berkurun-kurun lamanya. Tempoyak adalah makanan yang dibuat daripada isi buah durian yang di peram bersama garam. Ia boleh disimpan untuk masa yang panjang dan tidak akan busuk atau rosak. Ia mempunyai rasa yang masam dan bau yang sangat kuat. Ia juga adalah sejenis makanan yang istimewa di Malaysia terutama di Negeri Sembilan dan Pahang.

Ia biasanya akan di jadikan sambal dengan mencampurkan dengan cili api yang ditumbuk halus dan di jadikan pencicah ulam-ulaman semasa makan nasi. Ia juga diletakkan dalam masakan lauk seperti masakan ikan patin tempoyak yang popular dan juga masak lemak cili api tempoyak ulam pucuk ubi dan sebagainya.

Kajian menunjukkan , tempoyak juga kaya dengan kuman baik probiotik jenis asid laktik bacilli (LAB) iaitu spesis ‘Lactobacillus plantarum’. Bakteria ini mempunyai ketahanan daripada penghadaman oleh asid perut (pH 2.0) dan garam hempedu dalam usus (0.3%). Ia juga melekat kuat pada dinding usus dan kajian menunjukkan bakteria L.plantarum iniboleh mengurangkan proliferasi sel-sel kanser adenocarcinoma.
Kuman baik probiotik yang lain yang ada di dalam tempoyak adalah :
. Lactobacilli casei
. Lactobacilli rhamnosus

Ini adalah fakta yang sangat menarik dan sepatutnya mengujakan kita untuk selalu makan tempoyak semasa makan nasi dalam pemakanan seharian kita.

Ia adalah makanan penambah selera yang sangat baik dan selalunya dengan makan sambal tempoyak, maka kita akan makan ulam-ulaman juga. Dengan itu kita mendapat faedah kesihatan daripada makan ulam-ulaman itu.

Bersederhana dalam makan tempoyak kerana ia tinggi garam dan durian pula mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Tetapi faedah probiotik yang terdapat di dalam tempoyak adalah satu perkara yang patut kita utamakan, insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan:

1. Ahmad A, Yap WB, Kofli NT, Ghazali AR. Probiotic potentials of Lactobacillus plantarum isolated from fermented durian (Tempoyak), a Malaysian traditional condiment. Food Sci Nutr. 2018;6(6):1370–1377. Published 2018 Jun 2. doi:10.1002/fsn3.6721.

2. https://en.wikipedia.org/wiki/Tempoyak

Thursday, June 20, 2019

Petua kecilkan batu karang

_Petua hilangkan batu karang_

_1. Petua pertama dari Dr. Hamid Arshat_

_Petua ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat, doktor pakar sakit puan yang tak asing lagi di Malaysia. Caranya:_

_~Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut._
_~Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner )._
_~Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi._
_~Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom._
_~Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon._
_~Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis._

_2. Petua kedua Dari Dr Hamid Arshat_
_Petua kedua adalah lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:_

_~Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam._
_~Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar._
_~Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau._
_~Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau._
_~Banyakkan minum air kosong sepanjang hari._
_~Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon._
_~Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan._

_3. Petua ketiga dari Dr Hamid Arshat_

_Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya:_

_~Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam._
_~Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom._
_~Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom._
_~Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon._
_~Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis._

_Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan._

_Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang._

_Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan._

_4. Barli dan gula batu_

_Rebus satu peket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat dari barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda._

_5. Jus lobak putih_

_Amalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka._

_6. Serbuk jintan hitam , madu dan air panas_

_Campurkan 1 sudu kecil serbuk jintan hitam, 3 sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda._

_7. Empulur jagung_

_Ambil 7 tongkol empulur jagung yang te;lah dibuang isinya, rebus dalam 5 gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum 3 kali sehari._
_petua hilangkan batu karang_
_Sumber: Balconystair_

_8. Pokok bunga matahari_

_Didihkan pokok bunga matahari. Masukkan semua termasuk akarnya. Rebus sehingga air tinggal separuh. Minum setiap hari._

_9. Nanas_

_Kupas sebiji nanas dan kisar bersama segelas air dan satu sudu garam. Minum satu cawan setiap pagi selepas bangun tidur._

_10. Empulur nanas_

_Selain isi, empulur nanas juga banyak khasiatnya. Rebus empulur nanas bersama gula batu. Minum setiap malam sehingga batu karang anda tiada lagi._

_11)Tembikai dan gula batu_

_Kisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus dari sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah batu karang anda akan hancur._

_12. Jus prune_

_Jus dari buah prune juga membantu menghilangkan batu karang. Minum jus prune setiap hari sehingga batu karang anda tiada lagi._

_13. Minyak zaitun, jus lemon dan jus nanas_

_Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:_
_~2 cawan minyak zaitun_
_~1 cawan jus lemon_
_~Sedikit jus nanas_
_Caranya:_

_~Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat._
_~Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau._
_~Berhenti minum pada pukul 6.30 petang._
_Pukul 7.00 petang:_
_~Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum._
_~Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit._
_~Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit._
_~Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum._
_~Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum)._
_~Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelap atau hitam. Itulah batu hempedu._

_share parking di wall anda!_