Wednesday, January 16, 2019

Petua merawat kulit terbakar

8 Petua Rawat Kulit Terbakar🔥Atau Melecur di bawah ini

1. Air

Alirkan air sejuk dengan segera pada bahagian yang terkena air panas, atau minyak panas tadi selama 10-20 minit.

2. Daun lidah buaya atau  aloevera dan buah manjakani

Sapukan bahagian kulit yang melecur dengan sedikit lendir daripada daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk sehingga lumat.

3. Kopi

Letakkan kopi serta merta
bahagian yang yang melecur.

Anda akan rasa pedih untuk seketika.

Selepas anggaran 10 minit tanggalkan dan anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur.

Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi.

Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

5. Getah pelepah pisang 

Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang melecur dengan sekata. Elakkan daripada terkena air supaya kulit tidak melepuh.

6. Sebiji telur

Pecahkan sebiji telur dan kacau.

Sapukan telur pada bahagian yang melecur menggunakan kapas.

Apabila kering sapukan lagi.

7. Sabun mandi

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan cecair sabun mandi.

Lakukan hingga rasa sakit hilang.

8. Ubat gigi, kicap atau marjerin

Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian melecur.

Biarkan sehingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam.

Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.