❗ TIPS
JANGAN Dibuang Uncang Teh, Ini Sebabnya Kenapa Perlu Disimpan🌱
▫ Segarkan Tanaman
Enzim dan mineral yang terkandung di dalam seuncang teh cukup besar manfaatnya pada tanaman. Ia dikatakan mampu menyuburkan tanaman malah hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga dan berbuah. Jadi selepas sahaja habis menggunakannya, letakkan sahaja pada pasu di rumah anda.
▫ Daging Lebih Lembut
Bukan hanya lembut, bahkan daging juga beraroma lebih harum dan segar dengan adanya uncang teh. Caranya, perapkan daging dengan lebihan uncang yang telah digunakan. Gunakan dua uncang untuk rasa lebih enak dan harum. Biarkan diperap bersama daging selama 30 minit kemudian masaklah seperti biasa. Mahu lebih hebat lagi, buka uncang dan gaulkan serbuknya ke dalam daging.
▫ Hilangkan Bau Kasut
Kasut berbau memang buat rasa rendah diri. Nak hilangkannya jadi satu masalah pada kita. Tak payah pening kepala lagi, ambil sahaja uncang yang sudah dikeringkan dan letakkan ke dalam kasut yang berbau. Boleh juga gunakan uncang yang masih baru namun hasilnya tidaklah sama seperti selepas digunakan.
▫ Segarkan Almari
Bukan hanya hilangkan bau kasut, anda juga boleh letakkan ke dalam almari pakaian. Syaratnya perlu keringkan dahulu uncang teh yang basah. Kemudian barulah digantungkan di dalam almari. Hasilnya baju berbau lebih harum dan segar. Bau kayu dari almari juga akan hilang.
▫ Lap Cermin
Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan untuk mencuci kekotoran di rumah anda seperti mengelap cermin, menghilangkan kesan kotor di lantai malah singki juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Menarik.
▫ Relakskan Mata
Bagi merehatkan mata atau mengatasi masalah mata yang kepenatan, rendamkan 2 uncang teh yang telah digunakan di dalam air sejuk selama 2 hingga 3 minit. Kemudian letakkan uncang tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh juga tidur sebentar untuk hilangkan ketegangan ini. Biarkan seketika dan relaks. Mata akan kembali segar.
@petuabonda